awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2023
23:45 MYT
Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Larangan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap Imran (gambar) dan tangkapan dilakukan ke atas puluhan ahli parti serta penyokongnya. - Gambar fail REUTERS
LIPUTAN media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.
Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.
Liputan berita mengenai bekas perdana menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.
Malah, sebutan namanya juga telah hilang dari laman web berita.
Sejak sekian lama, Imran menjadi ahli politik yang paling banyak mendapat liputan siaran di Pakistan.
Lazimnya, ucapan dan perhimpunannya mendapat liputan dan tontonan meluas.
Larangan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap Imran sementara berpuluh-puluh ahli parti serta penyokongnya ditangkap.
Beliau telah ditangkap atas tuduhan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudian selepas mahkamah menganggap cara penahanannya menyalahi undang-undang.
Beliau masih diikat jamin, tetapi menghadapi berpuluh-puluh kes.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#liputan berita
#Pakistan
#media elektronik Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan