awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan lancar kempen vaksinasi polio terakhir tahun ini

Bernama
Bernama
15/12/2025
13:05 MYT
Pakistan lancar kempen vaksinasi polio terakhir tahun ini
Pakistan melaksanakan kempen imunisasi secara berkala, namun usaha itu kerap menjadi sasaran pengganas yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan Taliban. - AP
ISLAMABAD: Ratusan ribu petugas kesihatan di Pakistan pada Isnin melancarkan kempen vaksinasi polio terakhir bagi tahun ini, dengan sasaran untuk pemvaksinan hampir 50 juta kanak-kanak menerusi kempen dari rumah ke rumah di seluruh negara, menurut pegawai, seperti dilaporkan Agensi Berita Jerman (dpa).
Pakistan melaporkan 30 kes polio baharu setakat tahun 2025, menurun daripada 74 kes tahun lepas, dengan penurunan itu dikaitkan oleh pihak berkuasa kepada liputan vaksin yang lebih baik serta pengurangan penolakan oleh ibu bapa.
Kempen itu akan diteruskan sepanjang minggu, dengan ribuan anggota tentera dan polis dikerahkan bagi melindungi petugas kesihatan daripada kemungkinan serangan oleh kumpulan pengganas.
Polio, sejenis penyakit yang menyebabkan kelumpuhan, kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, berjaya dibasmi di seluruh dunia selepas beberapa dekad usaha imunisasi berterusan, kecuali di Pakistan dan negara jirannya Afghanistan, yang kedua-duanya terjejas akibat konflik berpanjangan.
Jumlah kes polio baharu di Pakistan menunjukkan penurunan berterusan selepas memuncak pada 147 kes pada 2019. Hanya enam kes baharu direkodkan pada 2023, namun lonjakan pada tahun berikutnya meningkatkan jumlah tahunan kepada 74 kes.
Pakistan melaksanakan kempen imunisasi secara berkala, namun usaha itu kerap menjadi sasaran pengganas yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan Taliban.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Pakistan
#polio
#vaksin
#kesihatan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan