awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu

Bernama
Bernama
24/10/2024
14:35 MYT
Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019. - Gambar fail/AP
ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan pada Khamis melaporkan 40 kes baharu polio sejak awal tahun ini dan mengesahkan komitmen untuk membasmi penyakit itu.
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019.
Pakistan berjaya mengehadkan penularan polio dengan bantuan kempen vaksinasi dari rumah ke rumah. Angka rasmi menunjukkan penurunan kepada 84 kes pada 2020, satu kes pada 2021 dan 20 kes pada 2022.
Pegawai berkata puluhan ribu kanak-kanak terlepas daripada menerima vaksin di tengah-tengah peningkatan keganasan baru-baru ini, menyumbang kepada lonjakan kes baharu tahun ini, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami tidak akan berhenti sehingga Pakistan bebas daripada virus polio," kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif pada Khamis sempena Hari Polio Sedunia.
Sharif turut melancarkan kempen vaksinasi polio di seluruh negara, bermula pada 28 Oktober yang menyasarkan 45 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#polio
#vaksinasi
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan