awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
MALAYSIA
16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Pakistan tutup sempadan dengan Iran susulan ketegangan memuncak Iran-Israel

Bernama
Bernama
16/06/2025
13:23 MYT
Pakistan tutup sempadan dengan Iran susulan ketegangan memuncak Iran-Israel
Pakistan menutup laluan udara dan darat dengan negara jirannya Iran susulan konflik yang semakin memuncak antara Iran dan Israel. - Foto hiasan
KARACHI (Pakistan): Pakistan menutup laluan udara dan darat dengan negara jirannya Iran susulan konflik yang semakin memuncak antara Iran dan Israel, menyebabkan ratusan orang terkandas di kedua-dua belah sempadan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pegawai pada Isnin.
Penutupan yang berkuat kuasa sejak Ahad itu dijangka menyebabkan kekurangan makanan dan bahan api di beberapa kawasan di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, yang amat bergantung kepada bekalan dan minyak seludup dari Iran, menurut penduduk tempatan.
Beberapa laluan darat menghubungkan Pakistan dengan Iran, dengan pos sempadan Taftan di daerah Chaghi dan pos Gabd-Rimdan di daerah Gwadar antara yang paling penting.
Jurucakap kerajaan Balochistan Shahid Rind, memberitahu AA yang langkah penutupan itu diambil susulan tindakan serupa oleh Iran.
"Semua pos sempadan antara kedua-dua negara ditutup bagi urusan perdagangan dan pergerakan pejalan kaki selepas Iran memulakan penutupan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata rakyat Pakistan yang terkandas di Iran akan dibenarkan pulang, namun kemasukan baharu ke Iran akan digantung sehingga diberitahu kelak.
Kumpulan pertama rakyat yang terkandas, kebanyakannya terdiri daripada penziarah dan pelajar, dijangka kembali ke tanah air melalui pos sempadan Taftan lewat Isnin.
Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan dari Pakistan ke Iran dan Iraq menggantung operasi ekoran ketegangan serantau yang semakin meningkat, menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pakistan
#tutup sempadan
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami