Skip to main content

Dunia

Palestin rekod kes varian baharu EG.5 COVID

51614006030_gaza.jpg
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin pada Ahad berkata 50 hingga 100 kes varian baharu EG.5 COVID-19 dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.

"Terdapat beberapa kes pesakit dimasukkan ke hospital dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," kata Pengarah Kesihatan Kamal al-Shakhra.

Al-Shakhra berkata mereka yang paling berisiko dijangkiti ialah warga emas dan yang menghidap penyakit kronik.

Jangkitan itu berlaku ketika cuti musim panas, katanya.

Beberapa hari lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai "varian yang menjadi perhatian".

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video