awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun AmBank - Najib
Dua maut, dua lagi parah kemalangan di Lebuhraya Persekutuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin tamatkan perjanjian keselamatan dengan Israel, AS

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2020
00:47 MYT
Palestin tamatkan perjanjian keselamatan dengan Israel, AS
Mahmoud Abbas mengumumkan penamatan kerjasama keselamatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS). -Gambar fail
Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mengumumkan penamatan kerjasama keselamatan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).
Ia susulan ancaman Israel yang mahu menceroboh sebahagian wilayah di Tebing Barat, lapor The Guardian.
“Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara Palestin hari ini membatalkan semua perjanjian dan persefahaman dengan kerajaan AS dan Israel serta segala komitmen berdasarkan persefahaman dan perjanjian ini, termasuk yang melibatkan keselamatan,” kata Mahmoud dalam ucapannya.
Presiden pihak berkuasa Palestin itu pernah berkali-kali mengancam untuk menghentikan kerjasama dengan kedua-dua negara terbabit, namun masih berlum jelas apa yang terkandung dalam deklarasi terbaharu ini terutamanya tentang masa depan keselamatan Palestin.
Namun sumber pegawai Palestin kepada portal Haaretz memberitahu penyelarasan dengan Israel akan diteruskan.
Pegawai yang menghadiri mesyuarat itu berkata Mahmoud bercadang menghentikan penyelarasan, tetapi belum "menutup pintu perbincangan."
Menurutnya, pihak tentera mungkin mengurangkan penglibatan dengan pihak Israel, namun belum dapat dipastikan sama ada penyelarasan akan dihentikan serta-merta.
Tambahnya, walaupun dengan pengumuman Mahmoud itu, Palestin dalam segala segi masih memerlukan penyelarasan dengan Israel.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Israel
#keselamatan
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#penglibatan dengan pihak Israel
#penyelarasan dengan Israel
#PLO
#Tebing Barat
#umum penamatan kerjasama keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan