Skip to main content

Malaysia

Lelaki rugi RM415,000 ditipu tawaran permit haji, perniagaan hotel di Mekah

Alexson Naga Chabu. - Gambar fail/BERNAMA
Alexson Naga Chabu. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUCHING: Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan kerugian RM415,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melibatkan tawaran pengeluaran permit haji dan perniagaan hotel di Mekah.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang suspek lelaki pada 30 Okt 2024 di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Mekah. 

“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Mekah.

Advertisement

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi. 

Beliau berkata, pembayaran pertama dibuat pada 10 Nov 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.

Advertisement

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement