Skip to main content

Dunia

Pameran minyak antarabangsa Iran berakhir, hampir 200 kontrak dimeterai

81684636253_TBiran.jpg
TEHRAN: Pameran Minyak, Gas, Penapisan dan Petrokimia Antarabangsa Iran ke-27 berakhir pada Sabtu.

Lebih 1,500 firma domestik dan lebih 200 syarikat asing dari 13 negara mengambil bahagian dalam acara empat hari itu, lapor Xinhua.

Menteri Minyak Iran Javad Owji yang menyifatkan acara itu sebagai antara yang terbesar di rantau Timur Tengah, berkata hampir 200 kontrak telah ditandatangani semasa ekspo itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video