GELOMBANG haba yang membunuh ratusan orang di Barat Laut Pasifik minggu lalu awalnya dilihat sebagai ‘mustahil’, akhirnya terjadi gara-gara sumbangan faktor perubahan iklim.
Barat Laut Pasifik, atau Cascadia, merujuk kepada rantau geografi di barat Amerika Utara yang dikellingi Lautan Pasifik di arat, dan Pergunungan Rocky di sebelah timur.
Menurut satu pembentangan kajian pada Rabu lalu, saintis berkata perubahan iklim telah mencetus gelombang haba di rantau itu kira-kira 150 kali.
Saintis pada mulanya menganggarkan suhu luar biasa itu adalah kejadian sekali dalam 1,000 tahun. Namun, mereka mengakui ia sukar dijangka. Sekiranya kesan gas rumah hijau berterusan, mereka memberi amaran, bencana ekstrem seumpamanya boleh terjadi setiap lima hingga 10 tahun menjelang 2040.
"Orang ramai perlu sedar bahawa gelombang haba adalah pembunuh, dan ia adalah bencana yang amat dahsyat.
"Gelombang haba ini berubah dengan kerap dan lebih pantas daripada kejadian ekstrem yang lain.
“Persediaan berdepan haba dan mengelak kematian semasa gelombang haba perlu menjadi keutamaan bagi setiap pihak berkuasa bandar,” ujar penyelidik bersama, Friederike Otto, iaitu saintis iklim dari Universiti Oxford.
Dalam kejadian gelombang haba baru-baru ini, banyak bandar raya di Amerika Syarikat dan Kanada menanggung akibatnya, antaranya seperti talian elektrik mencair, jalan raya merekah dan tanaman serta ternakan terancam.
Kanada sahaja tiga kali memecahkan catatan rekod suhu, degan kemuncaknya pada 29 Jun dengan 49.6 Celsius.
Satu lagi gelombang haba dijangka melanda sebahagian Kanada dan AS hujung minggu ini.
Angka kematian di Oregon sudah melebihi 100 orang, manakala British Columbia mencatatkan ratusan lag kematian. Tempoh berbulan-bulan diperlukan untuk betul-betul mengira jumlah sebenar. Apa yang pasti, angka itu akan bertambah, kata saintis.
Penemuan terbaru dalam kajian mengenai perubahan iklim itu bukan suatu yang mengejutkan. Di seluruh dunia, perubahan iklim telah menyebabkan fenomena gelombang haba lebih kerap terjadi - lebih buruk dan lebih lama.
Agensi
Fri Jul 09 2021
Termometer di Pusat Pelawat Furnace Creek di Taman Negara Death Valley, California menunjukkan suhu tinggi. - Reuters
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
Ramai jadi korban gelombang haba di negeri Bihar dan Rajasthan, timur laut India dilanda banjir
Sekurang-kurangnya 18 kematian berkaitan suhu panas dilaporkan dari Bihar dalam tempoh 48 jam.
Fenomena El Nino dijangka lebih ekstrem susulan pemanasan global - Nik Nazmi
Lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak terhadap corak cuaca terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Perubahan iklim cetus penurunan ketara dalam bilangan serangga
Penurunan biodiversiti serangga meletakkan fungsi ekologi penting ini dalam risiko, mengancam mata pencarian manusia dan keselamatan makanan.
Hari Bumi: Anak muda perlu libatkan diri dalam pemulihan alam sekitar - Tengku Hassanal
Tindakan segera dan perancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengatasi kehilangan sumber kepelbagaian biodiversiti, perubahan iklim dan ketandusan tanah.
11 saranan penambahbaikan dalam pengurusan risiko banjir
Selain respons dan bantuan semasa bencana, tumpuan perlu diberikan kepada perancangan pembangunan yang lebih kukuh dan tindak balas kepada iklim.
COP26 labuh tirai dengan perjanjian iklim baharu
Presiden COP26 Alok Sharma menahan sebak dan meminta maaf ketika menyampaikan ucapan penutup.
Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Kanada sahaja tiga kali memecahkan catatan rekod suhu, degan kemuncaknya pada 29 Jun dengan 49.6 Celsius.