JIKA dibandingkan persaingan antara kadar kebolehjangkitan dan kadar jumlah vaksinasi seluruh dunia, jumlah vaksinasi menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan.
Memetik laporan portal Forum Ekonomi Dunia (WEF), pakar kesihatan menjangkakan kira-kira 70 peratus daripada 7.9 bilion populasi dunia ini perlu divaksinasi sepenuhnya bagi menghentikan pandemik COVID-19.
Namun, setakat 21 Jun lalu, hanya 10.04 peratus populasi global sudah melengkapkan vaksin penuh dan kebanyakannya dari negara-negara kaya.
Hanya 0.9 peratus populasi dalam negera-negara berpendapatan rendah yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Berdasarkan pemerhatian Profesor dan Felo Penyelidik di Pusat Kesihatan, Risiko, dan Masyarakat, American University School of International Service, Maria De Jesus, berikut adalah antara tiga dapatan utama hasil dari pengumpulan data beliau;
Krisis kesihatan global
Bekalan vaksin bukanlah masalah utama di beberapa negara yang boleh mengedarkan vaksin kepada rakyat di negara mereka sementara beberapa negara berdepan kesukaran mendapatkan bekalan yang secukupnya.
Kebanyakan negara kaya melancarkan strategi untuk membeli secara berlebihan lebih awal.
Berdasarkan pemerhatian beliau, contohnya di Amerika Syarikat, negara itu memperoleh 12 bilion dos vaksin COVID-19 bersamaan 3.7 dos bagi setiap seorang rakyatnya.
Begitu juga di Kanada yang memperoleh 381 juta dos, dan ia sekali gus menyaksikan setiap rakyat negara itu boleh divaksin lima kali dengan dua dos suntikan diberikan.
Ini menyukarkan negara-negara lain untuk memperoleh bekalan vaksin sama ada melalui inisiatif global, COVAX buat negara-negara miskin memperoleh bekalan vaksin COVID-19.
Akibat tidak bekerjasama
Berdasarkan kajian yang dijalankan Northeastern University berkaitan dua strategi pengagihan bekalan vaksin berlainan, ia mendapati 61 peratus kematian global dapat dielakkan sekiranya negara-negara seluruh dunia bekerjasama untuk melancarkan pengedaran vaksin secara global dengan adil.
Ia berbanding hanya 33 peratus selepas negara-negara kaya memperoleh vaksin terlebih dahulu.
Secara ringkasnya, sekiranya seluruh dunia bersatu, kematian akibat COVID-19 dapat dielakkan kepada setengah daripada jumlah yang direkodkan ketika ini.
Hasilnya ketika ini, dua keadaan berbeza yang menyaksikan ketidaksamarataan sosial yang menyaksikan hanya negara kaya memperoleh vaksin dan negara miskin berdepan kesukaran untuk membendung pandemik ini.
Kerjasama di peringkat global
Selepas 15 bulan berhadapan dengan pandemik ini, negara-negara kaya mula menyedari kepentingan vaksinasi global.
Susulan itu, pemimpin dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Kesatuan Eropah dan Jepun baru-baru ini berikrar untuk menyumbang satu bilion dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara miskin.
Namun perancangan untuk “memvaksinasi dunia” sehingga 2022, masih belum jelas dan sama ada negara penerima akan memperoleh bekalan vaksin yang mencukupi untuk memberikan vaksin sepenuhnya kepada rakyat mereka untuk mengekang penularan wabak ini.
Kesimpulannya jelas beliau, beberapa perkara perlu diutamakan bagi menghentikan pandemik COVID-19.
Ini termasuk mengutamakan akses bekalan vaksin COVID-19 dalam agenda politik negara masing-masing.
Kemudian, negara-negara kaya perlu membantu negara miskin untuk membangunkan infrastruktur pembuatan vaksin mereka untuk menghasilkan lebih banyak peroleh seluruh dunia.
Akhir sekali, negara-negara miskin memerlukan perolehan dana yang mencukupi untuk meningkatkan sistem kesihatan awam mereka dan membeli vaksin.
Negara-negara kaya dan kumpulan G7 boleh membantu dari segi pemberian dana.
Dengan itu, ia juga akan memberikan kesan baik jangka panjang kepada negara-negara miskin.
Sekiranya masih ada negara dalam dunia ini tidak mencapai imuniti kelompok, COVID-19 akan terus menular dan bermutasi. Malah tambahan varian juga dijangka akan berlaku.
Astro Awani
Fri Jun 25 2021
Setakat 21 Jun lalu, hanya 10.04 peratus populasi global sudah melengkapkan vaksin penuh dan kebanyakannya dari negara-negara kaya. - Foto fail/REUTERS
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
UK ingin tingkatkan lagi kerjasama dengan Sabah lonjakkan ketibaan pelancong - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan UK menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke negeri itu.
Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Charles meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyokong atas keperhatian mereka setelah didiagnosis kanser.
H.R. Owen pengedar terbaharu jenama kereta Lotus di UK
H.R. Owen menjadi peruncit terbaharu bagi jenama Lotus di UK, memperkenalkan model seperti Evija, Emira, Eletre dan Emeya.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut
Kapal itu yang berlayar dari bandar Floro di Norway ke bandar pelabuhan Tilbury di UK menghadapi masalah navigasi akibat ribut Pia.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.