FLORIDA: Usaha mencari dan menyelamat mangsa dari sebahagaian blok pangsapuri 12 tingkat di Miami, Florida yang runtuh awal pagi Khamis waktu tempatan diteruskan.

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dikeluarkan.

Laporan awal menyatakan sekurang-kurangnya seorang maut dengan hampir 100 orang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian dan mangsa yang cedera akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Memandangkan usaha pencarian giat dijalankan ia turut melibatkan anjing pengesan.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari mangsa dari pangsapuri yang runtuh pada Khamis. - Foto AP/Wilfredo Lee

Sebilangan penduduk sempat berjalan menuruni tangga dengan selamat sementara yang lain terpaksa diselamatkan dari balkoni mereka.

Pihak berkuasa turut memaklumkan tiada maklumat jelas berkenaan jumlah individu yang berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi.