Apa akan anda lakukan jika berdepan suasana panik dan hanya menghitung detik menunggu ajal?
Bagi penumpang sebuah pesawat yang tiba-tiba terjunam ketika dalam penerbangan, 'saat-saat akhir' itu digunakan untuk menitipkan rasa kasih kepada orang tersayang selain berdoa memohon keampunan daripada tuhan.
Dalam kejadian di Amerika Syarikat semalam, pesawat penerbangan Delta Airlines 2353 dari Atlanta ke Fort Lauderdale secara tiba-tiba menjunam 30,000 kaki dalam masa 7 minit menyebabkan suasana panik di dalam kabin.
Namun pesawat itu kembali beroperasi secara normal sebelum ia mendarat dengan selamat di Tampa, Florida 28 minit kemudian.
Tweet daripada penumpang pesawat berkenaan serta wartawan media tempatan menceritakan detik-detik cemas di dalam pesawat ketika kejadian itu berlaku.
Bagi seorang penumpang, dia masih ingat suasana panik di dalam kabin ketika kejadian berlaku.
"Secara tiba-tiba, saya rasa seolah pesawat menjunam secara mendadak.
"Kami mulai menjunam dan topeng oksigen pun jatuh. Penumpang jadi kelam-kabut," kata Harris DeWoskin kepada stesen TV WFTS.
"Seorang pramugari cuba menenangkan kami dengan berulang kali bercakap melalui interkom: "Jangan panik! Jangan panik!" katanya lagi.
Menurutnya, kebanyakan penumpang menggunakan 'saat-saat akhir' itu untuk menitipkan kata akhir kepada yang tersayang.
Syarikat penerbangan Delta dalam pada itu mengesahkan insiden pesawat itu menjunam dari ketinggian 39,000 ke 10,000 kaki ketika dalam penerbangan adalah disebabkan kawalan penekanan yang tidak teratur.
Astro Awani
Thu Sep 19 2019
Pesawat penerbangan Delta Airlines dari Atlanta ke Fort Lauderdale secara tiba-tiba menjunam 30,000 kaki dalam masa 7 minit menyebabkan suasana panik di dalam kabin. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Panik apabila pesawat tiba-tiba menjunam 30,000 kaki
Pesawat penerbangan Delta Airlines dari Atlanta ke Fort Lauderdale secara tiba-tiba menjunam 30,000 kaki dalam masa 7 minit menyebabkan suasana panik di dalam kabin.