awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paraguay tingkat amaran keselamatan negara susulan operasi polis berdarah di Rio de Janeiro

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2025
00:30 MYT
Paraguay tingkat amaran keselamatan negara susulan operasi polis berdarah di Rio de Janeiro
Paraguay telah meningkatkan tahap amaran keselamatan negara dan memperkukuh kawalan di sempadan timur susulan operasi polis berdarah di Rio de Janeiro, Brazil yang mengorbankan sekurang-kurangnya 121 orang. - Foto REUTERS
RIO DE JANEIRO: Paraguay telah meningkatkan tahap amaran keselamatan negara dan memperkukuh kawalan di sempadan timur susulan operasi polis berdarah di Rio de Janeiro, Brazil yang mengorbankan sekurang-kurangnya 121 orang.

Ringkasan AI
  • Susulan operasi polis berdarah di Brazil yang meragut 121 nyawa, Paraguay memperkukuh kawalan sempadan dan meningkatkan tahap amaran keselamatan negara.
  • Presiden Santiago Pena memanggil mesyuarat Majlis Pertahanan Negara dan merancang untuk mengisytiharkan Comando Vermelho serta PCC sebagai kumpulan pengganas.
  • Kerajaan mengumumkan penambahan anggota keselamatan di sempadan, kerjasama serantau, kawalan pintu masuk yang lebih ketat, serta pemantauan udara dan keselamatan penjara yang dipertingkatkan.

Presiden Paraguay, Santiago Pena, telah memanggil mesyuarat Majlis Pertahanan Negara (CODENA) bagi menangani ancaman yang semakin meningkat daripada organisasi jenayah Brazil.
Dalam pada itu, Kerajaan Paraguay merancang untuk mengisytiharkan kumpulan Comando Vermelho dan Primeiro Comando da Capital (PCC) sebagai kumpulan pengganas, dengan alasan pengaruh rentas sempadan mereka dan ancaman terhadap kedaulatan negara.
Langkah-langkah yang diumumkan termasuk penambahan kehadiran anggota tentera dan polis di kawasan sempadan seperti Amambay, Canindeyu dan Alto Parana, kerjasama dengan pasukan keselamatan Brazil dan Argentina, serta kawalan lebih ketat di pintu masuk sempadan.
Sementara itu, Paraguay juga merancang untuk memperkukuh keselamatan penjara dan memperluas pemantauan udara menggunakan dron.
Topic Berkaitan
#Rio de Janeiro
#Santiago Pena
#Paraguay
#Majlis Pertahanan Negara CODENA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan