Skip to main content

Dunia

Parlimen Algeria lulus hukuman mati bagi kes arson dan penculikan kanak-kanak

Algeria tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1993, walaupun mahkamah negara itu masih menjatuhkan hukuman mati. - Gambar hiasan
Algeria tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1993, walaupun mahkamah negara itu masih menjatuhkan hukuman mati. - Gambar hiasan

Advertisement

ALGIERS: Dewan Rakyat Algeria, iaitu dewan rendah parlimen, meluluskan pada Khamis pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang memperkenalkan hukuman mati bagi jenayah berat termasuk arson dan penculikan kanak-kanak, lapor Xinhua.

 Pindaan yang diluluskan dalam sidang pleno itu menetapkan bahawa hukuman mati boleh dikenakan terhadap individu yang sengaja membakar hutan dan kawasan pertanian, selain penculik kanak-kanak serta pelaku perbuatan tertentu yang melibatkan penyeksaan, serangan seksual atau penderaan.

 Hukuman itu juga terpakai kepada mereka yang dengan sengaja merosakkan harta awam atau persendirian demi kepentingan pihak asing dalam kes yang melibatkan pengkhianatan, pengintipan atau jenayah terancang.

 Ia turut meliputi perbuatan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam, perpaduan negara atau kestabilan ekonomi dan alam sekitar.

 Algeria tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1993, walaupun mahkamah negara itu masih menjatuhkan hukuman mati. Pada Julai 2025, pindaan terhadap undang-undang berkaitan dadah turut mengenakan hukuman mati bagi beberapa kesalahan berkaitan narkotik.

 --BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement