awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2023
00:30 MYT
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Johnson meletak jawatan dari Parlimen secara mengejut awal bulan ini selepas melihat salinan awal hasil siasatan. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Parlimen Britain mengesahkan laporan yang merumuskan Boris Johnson sengaja berbohong mengenai parti yang melanggar peraturan perintah berkurung semasa COVID-19.
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Johnson meletak jawatan dari Parlimen secara mengejut awal bulan ini selepas melihat salinan awal hasil siasatan terhadap tindakannya semasa wabak COVID-19 apabila parti diadakan di Downing Street.
Jawatankuasa itu menerbitkan siasatannya minggu lalu dengan membuat rumusan bahawa Johnson sengaja berbohong kepada rakan sekerja apabila memberi jaminan kepada Dewan Rakyat bahawa semua peraturan COVID-19 telah dipatuhi sepanjang masa di bangunan kerajaan.
Laporan itu mengesyorkan Johnson harus dinafikan akses automatik ke Parlimen dan penggantungan daripada Dewan Rakyat selama 90 hari sekiranya beliau belum meletak jawatan.
Laporan jawatankuasa itu disahkan dengan undian Dewan Rakyat selepas lima jam didebatkan.
Dalam undian itu 354 menyokong sementara 7 menolak.
Bagaimanapun, keputusan Parlimen untuk menyokong rumusam laporan itu tidak menghalang Johnson daripada bertanding semula untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
Tetapi ia adalah satu hukuman yang memalukan bagi seorang ahli politik yang masih menjadi Perdana Menteri setahun lalu.
Johnson, Perdana Menteri dari pertengahan 2019 hingga september 2022, adalah salah seorang pemimpin Britain yang paling kontroversi dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Boris Johnson
#langgar peraturan
#berbohong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan