Penggubal undang-undang Indonesia pada Isnin, meluluskan belanjawan yang disemak semula yang membuka jalan bagi kenaikkan harga bahan api yang pertama sejak 2008 di tengah-tengah bantahan terhadap tindakan itu.
Penunjuk perasaan yang memakai topeng membaling bom api bertempur dengan polis di luar Parlimen Jakarta, di dalam parlimen penggubal undang-undang yang terdiri daripada 338 orang sedang mengadakan undian, 181 orang bersetuju kepada belanjawan negeri dalam perbahasan lebih dari 10 jam itu.
Belanjawan tersebut mengandungi bantuan kewangan tambahan kepada golongan miskin untuk melindungi mereka daripada kesan kenaikan harga bahan api, yang dijangka meningkat sebanyak 33 peratus.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini berkata beberapa perkara harus diambil kira sebelum menaikkan harga bahan api.
Indonesia telah lama dalam tekanan bagi mengurangkan subsidi bahan api, dengan amaran bahawa pembayaran tersebut membelanjakan sebahagian besar daripada belanjawan negeri dan menyebabkan kerosakan yang besar kepada ekonomi utama di Asia Tenggara.
Walaubagaimanapun, jutaan penduduk membantah pengurangan tersebut, yang akan menaikkan kos sara hidup, dan bantahan besar-besaran diadakan bagi membantah keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api.
Berikutan kelulusan parlimen terhadap belanjawan tersebut, Menteri Kewangan Chatib Basri memberitahu penggubal undang-undang: “Saya bersyukur. Dengan komitmen yang tinggi dari parlimen dan kerajaan, kita telah dapat memuktamadkan belanjawan tersebut.”
Belanjawan baru mengandungi bantuan kewangan kepada jutaan isi rumah yang miskin, dalam jumlah 150,000 rupiah sebulan (RM47.75) selama empat bulan, bagi mengurangkan impak kenaikan harga tersebut.
Harga bahan api dijangkakan akan naik dari 4,500 rupiah (RM1.43) seliter – paling murah di Asia – kepada 6,500 rupiah (RM2.07) bagi petrol dan dari 4,500 rupiah seliter kepada 5,500 rupiah (RM1.75) bagi diesel.
Kerajaan bertekad bagi menaikkan harga bahan api berikutan kemarahan rakyat bahawa ia telah dijalankan. Pada Isnin, ribuan penduduk mengadakan rusuhan di seluruh negeri.
Lebih kurang 3,000 penunjuk perasaan di luar pintu pagar parlimen di Jakarta, apabila malam sesetengah penunjuk perasaan mula melempar koktel Molotov, bunga api dan botol kepada pengawal sekitar perundangan.
Polis membalas beberapa tembakan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan, ramai yang menutup muka mereka dan mengibarkan sepanduk yang tertulis “Menolak kenaikan harga bahan api” dan “Gantung SBY” (Yudhoyono).
Dua kenderaan polis yang berperisai melepaskan tembakan air untuk meleraikan tunjuk perasaan tersebut.
“Semua rakyat Indonesia perlu melakukannya di jalan supaya kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api,” salah seorang penunjuk perasaan yang berumur 24 tahun, Slamet Riyadi memberitahu AFP.
Lebih kurang 19,000 polis dan anggota tentera telah dikerahkan di Jakarta, kata polis.
Bantahan juga berlaku di bahagian lain negeri tersebut. Di bandar Ternate, di timur pulau Maluku, lima penunjuk perasaan, seorang wartawan dan tujuh anggota polis cedera sewaktu rusuhan, kata polis.
Di Jambi, bandar pulau Sumatra, ratusan penunjuk perasaan cuba untuk memasuki badan perundangan tempatan tetapi polis meleraikan mereka dengan tembakan gas pemedih mata, kata polis.
AFP
Tue Jun 18 2013
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran
KPDN Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang kini beralih kepada petrol, dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai, di sini hari ini.
Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.