Skip to main content

Dunia

Parlimen Iran kritik sikap AS dalam siasatan insiden Minab

SINAR HARIAN/Agensi
Ebrahim Rezaei (foto) mempersoalkan tindakan pantas Pentagon dan White House menuduh Tehran terlibat dalam insiden sebuah helikopter Apache milik AS, berbanding kelewatan dalam siasatan kes di Minab. -Gambar fail

TEHRAN: Seorang pegawai kanan parlimen Iran membidas sikap berat sebelah dan dwistandard Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melengah-lengahkan siasatan kes pembunuhan membabitkan lebih 160 pelajar perempuan di sebuah sekolah di Minab, selatan Iran awal tahun ini.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Ebrahim Rezaei, mempersoalkan tindakan pantas Pentagon dan White House menuduh Tehran terlibat dalam insiden sebuah helikopter Apache milik AS, berbanding kelewatan dalam siasatan kes di Minab.

“Dalam tempoh dua hari sahaja, Pentagon dan White House membuat kesimpulan bahawa nahas helikopter di Selat Hormuz melibatkan Iran.

“Namun, selepas lebih 100 hari berlalu sejak insiden di Minab, siasatan masih belum selesai,” katanya menerusi hantaran di platform X.

 

 

Beliau menyifatkan perbezaan pendekatan itu sebagai bukti sikap dwistandard dalam menangani isu melibatkan kehilangan nyawa orang awam.

Insiden di Minab yang berlaku sekitar akhir Februari lalu menyaksikan sebuah sekolah perempuan menjadi sasaran serangan, mengorbankan lebih 160 pelajar dan mencetuskan kecaman di peringkat serantau.

 

Must Watch Video

Advertisement