PHNOM PENH: Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen memenangi 120 daripada 125 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum baru-baru ini, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) pada Sabtu.
Parti Funcinpec Putera Norodom Chakravuth memperoleh baki lima kerusi, menurut keputusan yang diumumkan menerusi saluran Televisyen Kebangsaan Kemboja yang dikendalikan kerajaan.
"Ya, keputusan rasmi menunjukkan bahawa CPP memenangi 120 kerusi Parlimen dan Parti Funcinpec memperoleh lima kerusi pada pilihan raya umum 23 Julai," kata jurucakap NEC, Dim Sovannarom kepada Xinhua.
Sebanyak 18 parti politik bertanding dalam pilihan raya umum ketujuh itu.
CPP memperoleh hampir 6.4 juta undi, atau 82.3 peratus, daripada jumlah undi sah, dan Parti Funcinpec menerima 716,490 undi, atau 9.2 peratus, menurut NEC.
Hun Sen, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri Kemboja selama lebih 38 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada anak sulungnya Hun Manet.
Bagaimanapun, pemimpin berusia 70 tahun itu berkata beliau akan kekal sebagai presiden CPP dan juga akan memegang jawatan Presiden sDewan Negara selepas Pilihan Raya Senat pada 25 Feb tahun depan.
Hun Sen berkata, Dewan Negara yang baharu akan bersidang kali pertama pada 21 Ogos dan kerajaan baharu pimpinan Hun Manet akan mengangkat sumpah pada 22 Ogos.
Hun Manet, 45, kini merupakan ahli Jawatankuasa Tetap CPP dan timbalan ketua komander Angkatan Tentera Diraja Kemboja.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Kemboja, pilihan raya, CPP
Bernama
Sat Aug 05 2023
Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen (foto) memenangi 120 daripada 125 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum baru-baru ini. -Reuters
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Pemilu 2024: Undi pos masih relevan dilaksanakan - KPU
Hashim berkata, terdapat beberapa prosedur yang boleh dibaiki bagi menambah baik sistem sedia ada.
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan.
Pilihan raya tamat, Pakistan mula proses kira undi
Pakistan mula melakukan kiraan undi selepas proses mengundi pengundian tamat dalam pilihan raya umum pada Khamis.
Pemilu 2024: 275,000 rakyat Indonesia dijangka mengundi di Malaysia
Kira-kira 275,000 rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pemilihan Umum (Pemilu), kali ini.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
PRU Pakistan 2024: Badan pilihan raya tolak kertas pencalonan Imran Khan
Khan telah menyerahkan borang untuk bertanding dalam pilihan raya 8 Feb dari tiga kawasan pilihan raya di Lahore, Mianwali dan Islamabad.