awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat
Banjir di Terengganu semakin pulih
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Republikan saman 7 daerah di Georgia - Dokumen mahkamah

Bernama
Bernama
04/11/2024
08:21 MYT
Parti Republikan saman 7 daerah di Georgia - Dokumen mahkamah
Menurut dokumen itu, tujuh daerah tersebut memberi peluang kepada pengundi untuk memberikan undi mereka melalui undi pos pada hujung minggu dan Isnin. - Reuters
MOSCOW: Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan (RNC) telah memfailkan saman terhadap tujuh daerah di negeri Georgia kerana menerima kertas undi tidak hadir pada hujung minggu, menurut pemfailan mahkamah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut dokumen berkenaan, tujuh daerah itu memberi peluang kepada pengundi untuk memberikan undi mereka melalui undi pos pada hujung minggu dan Isnin. Dokumen itu menyertakan artikel daripada perundangan Georgia yang menyatakan bahawa pengundian awal sepatutnya berakhir pada Jumaat.
"Undang-undang adalah jelas - tempoh pengundian awal telah tamat. Namun, itu tidak menghalang daerah Fulton, DeKalb, Cobb, Gwinnett, Athens-Clarke, Clair dan Chatham daripada mengumumkan pada saat-saat akhir bahawa mereka akan dibuka pada hujung minggu ini dan Isnin untuk pengundi memulangkan kertas undi tidak hadir," menurut dokumen itu.
RNC meminta mahkamah untuk melarang daerah di negeri itu daripada menerima kertas undi di pusat pengundian dari 2 hingga 4 Nov.
Mengulas mengenai perbicaraan itu, penerbitan The Hill menyebut bahawa daerah-daerah yang disebut dalam saman itu cenderung kepada parti Demokrat.
Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 Nov. Parti Demokrat akan diwakili oleh Naib Presiden Kamala Harris manakala Parti Republikan oleh bekas presiden Donald Trump. Pengundian awal telah diadakan di banyak negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Republikan
#pilihan raya
#Amerika Syarikat
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan