PARTI pembangkang Thai Raksa Chart (TRC) telah bersiap sedia dengan Pelan B bagi menghadapi pilihan raya selepas mahkamah negara itu mengharamkan parti itu daripada bertanding.

Kemenangan yang sudah dilihatkan berada di dalam tangan TRC itu musnah selepas Mahkamah Perlembagaan mengutuskan untuk membubarkan parti berkenaan.

Menurut laporan portal Bangkok Post, TRC merancang untuk mengundi “tidak” sewaktu pilihan raya bagi mengelakkan penyokong mereka beralih arah ke parti lain dan memenangi undian majoriti.

Keputusan mahkamah dilihat membuka peluang kepada Pheu Thai untuk memenangi pusingan pilihan raya kali ini, namun TRC cuba mengambil langkah selamat dengan merancang meletakkan undi “tidak”.

Puteri Ubolratana yang merupakan kakak kepada raja Thailand berasa kesal selepas mendengar keputusan mahkamah dan berkata: “saya sudah jangka, ini amat menyedihkan.”

Pemimpin TRC, Preechaphol Pongpanit turut kesal dengan keputusan mahkamah membubarkan parti yang jelas menyekat hak-hak dan kebebasan politik.

BACA : Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissan Krea-ngam berkata, ahli parti TRC bebas untuk bertukar arah ke parti lain tetapi tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon parti itu kerana syaratnya perlu menjadi ahli parti sekurang-kurangnya 90 hari.