awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan dipenjara lebih dua tahun kerana hina raja Thailand

AFP
AFP
23/02/2015
10:53 MYT
Pasangan dipenjara lebih dua tahun kerana hina raja Thailand
Pada awalnya, mereka masing-masing berdepan hukuman penjara lima tahun namun telah dikurangkan kepada dua tahun enam bulan kerana mengakui bersalah. - Foto AFP
Sepasang belia Thailand yang didakwa kerana menghina sistem monarki dalam sebuah pementasan di universiti dijatuhkan hukuman penjara selama dua setengah tahun hari ini, selepas pihak junta mempertingkatkan penahanan di bawah undang-undang lese majeste (menghina institusi diraja) yang kontroversi.
Penuntut Patiwat Saraiyaem, 23, dan aktivis Porntip Mankong, 26, ditangkap pada Ogos tahun lalu selepas habis mementaskan persembahan satira berjudul The Wolf Bride.
Pada awalnya, mereka masing-masing berdepan hukuman penjara lima tahun namun telah dikurangkan kepada dua tahun enam bulan kerana mengaku bersalah, ujar hakim Mahkamah Jenayah Ratchada di Bangkok.
"Mahkamah mendapati peranan yang mereka bawakan dalam pementasan itu mengakibatkan keterjejasan teruk pada sistem monarki dan tiada sebab menggantung hukuman tersebut,” katanya.
Pasangan itu didakwa di bawah undang-undang lese majeste selepas mengadakan pementasan di Universiti Thammasat sempena ulang tahun ke-40 protes pro-demokrasi pelajar.
Polis sedang memburu sekurang-kurangnya lagi enam orang yang turut menjayakan pementasan tersebut. Mereka diburu berdasarkan kod kenayah 112 yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun kerana menghina raja, ratu atau kaum kerabat diraja.
Raja Bhumibol Adulyadej, 87, disanjung seumpama separa dewa dalam negara yang diselubungi undang-undang ketat yang melindungi keluarga diraja.
Para pengkritik menyifatkan undang-undang lese majeste telah digunakan sebagai alat untuk menindas musuh politik, dengan kebanyakan daripadanya adalah mereka yang berkait rapat dengan pergerakan Baju Merah pembangkang.
Topic Berkaitan
#Junta
#monarki
#pelajar
#penjara
#Siam
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan