DUNIA
Pasangan AS kenakan bayaran sehingga RM4,200 untuk hadiri majlis perkahwinan, kutip lebih RM550,000

Marley Jaxx dan Steve J. Larsen berkata pendekatan itu bertujuan mengelak hutang serta mencipta pengalaman unik kepada para tetamu. -Gambar Facebook Marley Jaxx
BOISE: Sepasang pengantin dari Idaho, Amerika Syarikat mencetuskan perhatian dunia apabila mengenakan bayaran sehingga AS$997 (kira-kira RM4,200) kepada tetamu yang ingin menghadiri majlis perkahwinan mereka yang berlangsung selama tiga hari, awal bulan ini.
Ringkasan AI
- Sepasang pengantin dari Idaho mengenakan bayaran sehingga AS$997 kepada tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan tiga hari mereka.
- Majlis menawarkan pelbagai pakej termasuk akses asas dan pakej VIP, dengan kutipan mencecah AS$132,550 yang sebahagiannya disumbangkan kepada badan amal.
- Walaupun pendekatan ini menerima kritikan, ia juga dipuji kerana ketelusan dan tujuan amal, serta dianggap sebagai alternatif kepada perkahwinan tradisional.
Seramai 270 tetamu hadir ke majlis berkenaan, kebanyakannya kenalan dalam talian dan pengikut media sosial pasangan itu.
Hasil kutipan mencecah AS$132,550 (RM557,000), yang mana selepas menampung kos penganjuran, selebihnya disumbangkan kepada badan amal *Village Impact* yang membina sekolah di Kenya.
Pasangan itu turut menegaskan bahawa tetamu tidak perlu membawa hadiah, sebaliknya hanya perlu membayar untuk pengalaman yang ditawarkan.
Walaupun pendekatan tersebut menerima pelbagai reaksi, termasuk kritikan daripada sesetengah pihak yang menganggap ia sebagai ‘tidak sensitif’ dan ‘komersial’, ramai juga yang memuji ketelusan serta nilai amal yang diketengahkan.
Marley dan Steve menyifatkan konsep tersebut sebagai “disruptive but purposeful” (menggugat namun bermatlamat), dan berharap ia dapat menjadi alternatif kepada pasangan muda yang ingin meraikan hari bahagia tanpa beban kewangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami