MANADO: Sebuah pasar ekstrem yang terkenal dengan penjualan daging anjing dan kucing di Sulawesi Utara, Indonesia dilapor telah menghentikan aktiviti itu baru-baru ini.
Pasar Tomohon diarah menghentikan penjualan haiwan yang lazimnya dijadikan binatang peliharaan itu selepas menerima tekanan daripada para aktivis.
Larangan penjualan daging anjing dan kucing itu mula dikuatkuasakan pada Jumaat lalu, lapor AFP.
Selain daging anjing dan kucing, pasar itu turut dikenali dengan penjualan daging kelawar, tikus, dan ular.
Kumpulan hak asasi haiwan Humane Society International (HSI) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata larangan itu dianggap sebagai titik bersejarah yang dapat menyelamatkan beribu-ribu haiwan berkenaan daripada dipukul dan dibakar hingga mati untuk makanan manusia.
Enam peniaga daging anjing dan kucing di pasar itu menandatangani perjanjian untuk menghentikan penjualan daging haiwan tersebut.
Datuk Bandar Tomohon turut menetapkan undang-undang yang melarang penjualan daging anjing dan kucing di pasar itu.
Pasar ekstrem itu telah mendapat kritikan meluas daripada aktivis susulan kaedah yang digunakan untuk menyembelih haiwan, seperti memukul, menggantung dan membakar haiwan ketika masih hidup.
Gesaan untuk menghentikan aktiviti yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu meningkat selepas kluster pertama wabak koronavirus pada 2020 yang dikaitkan dengan pasar basah di bandar Wuhan di China.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan penularan virus sama di tempat lain.
Selain itu, tindakan HSI dan kumpulan hak asasi manusia Indonesia itu juga adalah sebagai usaha mencegah penyebaran virus rabies yang boleh membawa maut.
Salah seorang penjual di Tomohon selama 25 tahun, Elvianus Pongoh, berkata masanya sudah tiba untuk menamatkan penjualan daging haiwan tersebut.
"Saya mungkin telah menyembelih beribu-ribu anjing.
"Sesekali saya melihat ketakutan di mata haiwan itu apabila saya datang untuk membantainya dan ini membuatkan saya berasa sedih.
"Saya tahu larangan ini adalah yang terbaik untuk haiwan dan juga terbaik untuk melindungi masyarakat," katanya dalam kenyataan akhbar HSI.
Kumpulan hak asasi manusia itu juga berkata perjanjian itu sekali gus berpotensi untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu anak anjing di pulau itu.
Difahamkan sekitar 130,000 ekor anjing disembelih setiap tahun.
Indonesia merupakan antara negara di dunia yang masih membenarkan penjualan daging anjing dan kucing mengikut tradisi dan budaya tempatan.
Astro Awani
Sun Jul 23 2023
Anggota HSI membawa keluar anjing di dalam sangkar di Pasar Tomohon di Sulawesi Utara susulan larangan penjualan daging anjing dan kucing bermula Jumaat. -AP
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Pasar ekstrem jual daging anjing, kucing diarah henti operasi
Selain daging anjing dan kucing, pasar itu turut dikenali dengan penjualan daging kelawar, tikus, dan ular.