awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2022
23:49 MYT
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Persekutuan Makanan Sejuk Beku British berkata, sekatan baharu ke atas produk haiwan dan tumbuhan dari EU itu boleh mengakibatkan kelewatan besar di pelabuhan. - Gambar fail AP
PERATURAN kastam pasca-Brexit bagi barangan yang tiba dari Kesatuan Eropah (EU) ke Britain berkuat kuasa Sabtu (1 Jan 2022).
Susulan itu, sebuah badan industri makanan terkemuka memberi amaran, kawalan sempadan baharu boleh menyebabkan kekurangan bekalan makanan.
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Perniagaan tidak lagi dibenarkan menangguh pengisytiharan kastam import penuh mereka sehingga 175 hari, iaitu langkah yang diperkenalkan sebelum ini untuk menangani gangguan bekalan akibat Brexit.
Persekutuan Makanan Sejuk Beku British berkata, sekatan baharu ke atas produk haiwan dan tumbuhan dari EU itu boleh mengakibatkan kelewatan besar di pelabuhan memandangkan sesetengah dalam rantaian bekalan - terutama syarikat logistik - mungkin tidak bersedia untuk perubahan.
Langkah baharu itu memerlukan perniagaan melengkapkan kertas kerja yang betul sekurang-kurangnya empat jam sebelum barangan tiba di sempadan UK, atau berdepan risiko diarah pulang di sempadan.
Produk berasaskan haiwan dan tumbuhan juga mesti mempunyai sijil penyata asal.
Bagaimanapun, walaupun pemandu diwajibkan mengisytihar barang dan sijil asal mereka, pemeriksaan dijangka minimum sehingga peraturan ditingkatkan mulai Julai 2022, apabila penguatkuasaan lebih ketat dijangka dilaksanakan.
UK mengimport lima kali ganda jumlah makanan yang dieksportnya ke EU.
Britain meninggalkan pasaran tunggal EU dan kesatuan kastam pada 31 Dis 2020.
Peraturan baharu itu berkuat kuasa enam bulan selepas jadual asal disebabkan kesan pandemik sementara pengusaha perniagaan berkata, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk bersedia.
Ireland Utara dan Ireland dikecualikan daripada perubahan itu sambil pemimpin politik terus merundingkan Protokol Ireland Utara.
Topic Berkaitan
#Brexit
#bekalan makanan
#sekatan baharu
#kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan