awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
Papa Zola The Movie 2 diberi lampu hijau jika kutipan cecah RM60 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ida melanda Amerika Syarikat: Lebih 20 maut setakat ini

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
00:15 MYT
Taufan Ida melanda Amerika Syarikat: Lebih 20 maut setakat ini
Kejiranan Manayunk di Philadelphia dilanda banjir susulan Taufan Ida, 2 Sept, 2021. (Foto AP)
SUSULAN Taufan Ida yang melanda Amerika Syarikat, lebih 20 orang dilaporkan maut di timur laut negara itu, pada Khamis.
Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya, 12 korban dicatatkan di New York.
Gabenor New Jersey Phil Murphy berkata, pada tengah hari Khamis, sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan terkorban.
Katanya, dari Maryland hingga ke Connecticut, puluhan individu menjadi mangsa dalam kejadian pada Rabu malam dan pagi Khamis ketika sisa-sisa Taufan Ida melanda wilayah itu, membawa bersamanya banjir dan angin kencang di beberapa kawasan.
Susulan itu, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di New York, yang terjejas teruk akibat banjir kilat.
Jose Duran (kiri) membantu ibunya Cruz Palma mencari barangan yang masih boleh diselamatkan di rumah mereka yang musnah susulan kejadian Taufan Ida di Golden Meadow, Louisiana, 2 Sept, 2021. (Foto AP)
Jose Duran (kiri) membantu ibunya Cruz Palma mencari barangan yang masih boleh diselamatkan di rumah mereka yang musnah susulan kejadian Taufan Ida di Golden Meadow, Louisiana, 2 Sept, 2021. (Foto AP)
Sebahagian besar mangsa terperangkap di dalam bilik bawah tanah kediaman masing-masing, ratusan penerbangan dibatalkan, gara-gara lapangan terbang yang dinaiki air.
Banjir turut menyebabkan sebahagian besar jalan utama dan lebuh raya ditutup kerana tidak boleh dilalui. Kebanyakan jalan-jalan digenangi air.
Turut terjejas, perkhidmatan tren bawah tanah. Ratusan penumpang terkandas apabila perkhidmatan itu ditutup.
Media melaporkan kawasan Central Park merekodkan 80 milimeter hujan dalam tempoh hanya sejam.
Topic Berkaitan
#New York
#darurat
#Taufan Ida
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan