awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papa Zola The Movie 2 diberi lampu hijau jika kutipan cecah RM60 juta

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2026
01:30 MYT
Papa Zola The Movie 2 diberi lampu hijau jika kutipan cecah RM60 juta
Sekuel filem Papa Zola The Movie akan diteruskan sekiranya kutipan box office filem itu mencecah RM60 juta.
KUALA LUMPUR: Studio animasi tempatan, MONSTA, memberi bayangan jelas bahawa sekuel filem Papa Zola The Movie akan diteruskan sekiranya kutipan box office filem itu mencecah RM60 juta.
Perkara itu didedahkan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, menerusi satu hantaran di media sosial yang memaklumkan, keputusan kepada penerbitan Papa Zola Movie 2 adalah bergantung sepenuhnya kepada pencapaian kutipan tersebut.
Menurut kenyataan berkenaan, pada perancangan asal, Papa Zola The Movie mempunyai dua pengakhiran rahsia iaitu babak pertengahan kredit (mid-credit scene) dan babak selepas kredit (end-credit scene).
Babak pertengahan kredit dikaitkan dengan projek animasi MONSTA seterusnya, BoBoiBoy Movie 3 (BM3), manakala babak selepas kredit pula merupakan teaser eksklusif untuk Papa Zola Movie 2.
Namun, disebabkan ketidakpastian terhadap sambutan awal penonton, pihak produksi mengambil keputusan untuk mengeluarkan babak selepas kredit tersebut daripada versi tayangan filem.
“Alhamdulillah, sambutan Papa Zola The Movie ternyata jauh lebih baik daripada jangkaan kami,” kata Nizam dalam satu hantaran di Instagram, sekali gus membuka ruang kepada perancangan sekuel.
View this post on Instagram
A post shared by Nizam Abd Razak (@nizam.r)
MONSTA turut memaklumkan, sekiranya sasaran kutipan RM60 juta berjaya dicapai, bukan sahaja Papa Zola Movie 2 akan diberi lampu hijau, malah babak selepas kredit yang sebelum ini disimpan akan turut didedahkan kepada penonton pada waktu yang sesuai bagi mengelakkan pendedahan spoiler.
Setakat ini, Papa Zola The Movie terus mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penonton apabila meraih kutipan berjumlah RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di pawagam Malaysia dan Brunei.
Dalam tempoh tayangan itu, filem animasi terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw ini turut mencatat lebih tiga juta tontonan.
Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat sambutan.
Dengan pencapaian ini, Papa Zola The Movie kekal menduduki carta nombor satu pawagam selama 22 hari berturut-turut meskipun berdepan dengan persaingan filem antarabangsa berskala besar.
Topic Berkaitan
#Papa Zola The Movie
#filem animasi
#MONSTA
#Astro Shaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan