awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2021
23:40 MYT
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Ursula von der Leyen berkata, EU tidak akan membuat rundingan semula daripada perjanjian asal. - Gambar fail
PERDANA Menteri United Kingdom (UK) Boris Jonson dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen gagal mencapai kesepakatan mengenai tuntutan UK untuk menstruktur semula peraturan pasca Brexit di Ireland Utara.
Jelas von der Leyen, Kesatuan Eropah (EU) "tidak akan merundingkan semula" perjanjian asal.
Namun, menurut jurucakap Downing Street, Johnson tegas mengulangi pendiriannya, Protokol Ireland Utara "tidak lestari" dan mesti dirunding semula.
Johnson pada Khamis turut menggesa Canselor Jerman Angela Merkel untuk mempertimbangkan perubahan terhadap perjanjian itu.
Sebelum ini, UK dan EU telah bersetuju supaya protokol pada 2019 itu dijadikan sebagai sebahagian perjanjian penarikan Brexit.
Ini sekali gus menimbulkan kesulitan di Ireland Utara yang menjadi pasaran tunggal EU bagi barangan.
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan bahawa pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari negara itu, seperti termaktub dalam perjanjian, terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Pada Rabu, Menteri Brexit UK, David Frost mengemukakan tuntutan baharu untuk merundingkan semula perjanjian.
Dalam dokumen 28 muka surat itu, kerajaan UK mencadangkan beberapa perubahan antaranya termasuk menghapus pemeriksaan kastam terhadap barangan di Ireland Utara.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#Boris Johnson
#Suruhanjaya Eropah
#Brexit
#Kesatuan Eropah
#Angela Merkel
#Ursula von der Leyen
#EU
#perjanjian
#runding semula
#kastam
#Protokol Ireland Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan