DUNIA
Pasukan keselamatan Arab Saudi patahkan cubaan bom Masjidil Haram di Mekah

Kementerian Dalam Negeri berkata didapati tiga kumpulan sedang merancang melancarkan serangan ke atas jemaah dan pasukan keselamatan sewaktu hari-hari terakhir bulan Ramadan. - REUTERS/Ahmed Jadallah/File Photo
Pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya mematahkan satu rancangan serangan bunuh diri yang menyasarkan Masjidil Haram di Mekah pada Jumaat.
Ia setelah mereka bertindak mengepung seorang pengebom nekad di sebuah pangsapuri di pinggir kota suci itu yang akhirnya meletupkan dirinya sendiri.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mereka mengenalpasti tiga kumpulan sedang merancang melancarkan serangan ke atas jemaah dan pasukan keselamatan sewaktu hari-hari terakhir bulan Ramadan.

Bangunan terbabit turut juga runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan mengalami kecederaan. - Foto Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi
Dalam insiden kepungan itu, seorang perancang telah berbalas-balas tembakan dengan pasukan keselamatan sebelum meletupkan dirinya setelah sedar dirinya terkepung di sebuah pangsapuri dalam kejiranan Ajyad al-Masafi berhampiran kawasan masjid.Rumah itu juga dipercayai menjadi markas untuk melancarkan serangan oleh kumpulan terbabit.
Bangunan terbabit turut juga runtuh menyebabkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan mengalami kecederaan.
Selain itu satu lagi kumpulan telah berjaya dipatahkan di Jeddah dan susulan itu lima individu termasuk seorang wanita telah ditahan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami