Premis urut dan refleksologi digempur

Antara warga asing yang ditahan untuk tindakan lanjut. - Foto JIM Johor
PONTIAN: Tiga premis urut dan refleksologi di daerah ini digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Gegar Pontian, selepas disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Ringkasan AI
- Tiga premis urut dan refleksologi di Pontian digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Gegar Pontian pada Selasa lalu kerana disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.
- Seramai 15 warga asing termasuk wanita dari Thailand, Myanmar, Laos dan Indonesia ditahan bersama dua warga tempatan yang dipercayai menjadi penjaga dan pengurus premis, manakala enam borang saman saksi turut dikeluarkan.
- Kesemua tahanan disiasat atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tinggal lebih masa dan melindungi PATI, dengan JIM Johor menegaskan komitmen membanteras penyalahgunaan pas lawatan serta kegiatan tidak bermoral.
"Kesemua disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, dan masuk tanpa permit sah, manakala dua warga tempatan disiasat kerana melindungi PATI.
"Semua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut, manakala enam borang saman saksi turut dikeluarkan sepanjang operasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Rusdi menegaskan, serbuan berkenaan membuktikan Imigresen Johor serius membanteras penyalahgunaan pas lawatan dan kegiatan tidak bermoral.
"JIM Johor tidak akan berkompromi terhadap majikan dan pemilik premis yang melanggar undang-undang serta akan terus memburu PATI," ujarnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami