awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AAX belum muktamad menamakan semula syarikat kepada AirAsia pada 19 Jan
Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI
Capital A jual 17 juta saham AirAsia X bernilai RM28.05 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol di Melaka: Beberapa pelajar akan didakwa hari ini - AGC

Bernama
Bernama
16/10/2025
03:30 MYT
Kes rogol di Melaka: Beberapa pelajar akan didakwa hari ini - AGC
AGC mengesahkan bahawa beberapa orang pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan SPM bulan depan, akan dituduh di Mahkamah Majistret Melaka pagi ini, berhubung kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengesahkan bahawa beberapa orang pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, akan dituduh di Mahkamah Majistret Melaka pagi ini, berhubung kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga.
Mereka akan didakwa di bawah seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan [Akta 574], serta seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] di Mahkamah Majistret Melaka di sini, yang mempunyai bidang kuasa setempat.
"AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap individu-individu yang terlibat.
"Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya yang melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.
Pada 11 Okt lepas, empat pelajar lelaki direman enam hari selepas disyaki merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah.
Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir terbabit berlaku kira-kira 2.50 petang pada 2 Okt lepas dan perbuatan itu dirakam menggunakan telefon bimbit dua daripada suspek.
Insiden berkenaan terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video itu daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rogol Melaka
#pelajar didakwa rogol
#Mahkamah Majistret Melaka
#peperiksaan SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan