awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pengaman PBB kecam pencerobohan Israel ke atas Lubnan

Bernama
Bernama
01/10/2024
14:38 MYT
Pasukan pengaman PBB kecam pencerobohan Israel ke atas Lubnan
Sebarang pencerobohan ke atas Lubnan adalah satu pelanggaran terhadap kedaulatan dan integriti wilayahnya, serta pelanggaran terhadap Resolusi 1701. - Reuters
BEIRUT: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengecam serangan darat Israel di selatan Lubnan yang dilancarkan pada awal Selasa, menyatakan bahawa tindakan itu melanggar kedaulatan dan integriti wilayah negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL), yang memantau situasi di sempadan Israel-Lubnan dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka dimaklumkan oleh tentera Israel sehari sebelumnya mengenai "niat mereka untuk melancarkan pencerobohan darat terhad ke Lubnan".
"Walaupun dengan perkembangan berbahaya ini, pasukan pengaman tetap berada di posisi mereka," menurut UNIFIL.
"Kami sentiasa menyesuaikan kedudukan dan aktiviti kami, dan mempunyai pelan kontigensi untuk diaktifkan jika perlu.
"Keselamatan dan kesejahteraan pasukan pengaman menjadi keutamaan, dan semua pihak diingatkan tentang kewajiban mereka untuk menghormatinya.
"Sebarang pencerobohan ke atas Lubnan adalah satu pelanggaran terhadap kedaulatan dan integriti wilayahnya, serta pelanggaran terhadap Resolusi 1701.
"Kami menggesa semua pihak untuk menggelakkan daripada tindakan yang meningkatkan ketegangan seperti ini, kerana ia hanya akan membawa kepada lebih banyak keganasan dan pertumpahan darah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNIFIL
#pasukan pengaman
#Pencerobohan Israel
#lubnan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan