awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB bimbang konflik meningkat di rantau Asia Barat

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2024
01:30 MYT
PBB bimbang konflik meningkat di rantau Asia Barat
Seorang pekerja hospital membawa keluar mayat kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Khan Younis. - Foto AP
NEW YORK: Pembunuhan komander kanan kumpulan Hezbollah dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan dibimbangi menyebab perang di Asia Barat merebak ke skala lebih luas.
Kebimbangan ini semakin meningkat ketika Israel menggempir kawasan utama berhampiran hospital di tengah Gaza.
Serangan yang menyasarkan sebuah SUV yang dipandu oleh Wissam Hassan berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dalam rangka lawatan ke Asia Barat dalam usaha untuk membendung konflik yang semakin meluas.
Pada Isnin di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, kebimbangan meningkat akibat daripada sasaran dan pertempuran berterusan.
Menurut jurucakap bersekutu Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Niño, pihaknya terus menyeru agar semua pihak menghalang peningkatan konflik di rantau itu.
Katanya, serangan yang semakin sengit di Deir al-Balah, tengah Gaza dan Khan Younis di selatan menyebabkan kematian orang awam dan akibat malapetaka untuk puluhan ribu orang.
“Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB memberitahu bahawa serangan yang semakin sengit di Deir al-Balah, di tengah Gaza dan Khan Younis di selatan, menyebabkan kematian orang awam dan mempunyai akibat yang memusnahkan kepada puluhan ribu orang. Kebanyakan yang telah melarikan diri ke Deir al-Balah untuk keselamatan dari Kota Gaza dan utara.
"Akibat peningkatan serangan, termasuk yang secara langsung melanda gudang UNRWA pada Khamis membunuh seorang kakitangan PBB, operasi kemanusiaan Deir Al-Balah telah terjejas teruk akibat disekat. Gudang, pusat bantuan dan pusat kesihatan terjejas termasuk dalam kawasan yang baru dikeluarkan arahan pemindahan,” katanya.
Kebanyakan mereka telah malarikan diri ke Deir al-Balah untuk keselamatan dari Kota Gaza dan utara.
Soto Niño berkata, Hospital al-Aqsa adalah satu-satunya hospital yang berfungsi di Deir al-Balah.
Kebanyakan pekerja kesihatan tempatan dan kira-kira 600 pesakit telah terpaksa meninggalkan kemudahan itu ke lokasi yang tidak diketahui.
Beliau berkata, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus melaporkan kakitangannya menyaksikan "senario mengerikan dalam kalangan pesakit yang dirawat".
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Asia Barat
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan