awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecam Israel lulus projek bina penempatan baharu di Tebing Barat

Bernama
Bernama
21/08/2025
08:00 MYT
PBB kecam Israel lulus projek bina penempatan baharu di Tebing Barat
PBB menggesa Israel segera menghentikan semua aktiviti penempatan dan mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa. - Gambar/ AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, pada Rabu mengecam keputusan Jawatankuasa Perancangan Tertinggi Israel yang meluluskan projek 3,400 unit perumahan di kawasan E1, Tebing Barat yang diduduki, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • PBB mengecam keputusan Israel meluluskan projek 3,400 unit perumahan di kawasan E1, Tebing Barat yang diduduki kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan bercanggah dengan resolusi PBB.
  • Projek penempatan tersebut dilihat sebagai ancaman besar terhadap penyelesaian dua negara dan boleh memutuskan hubungan antara utara dan selatan Tebing Barat, menjejaskan kesinambungan wilayah Palestin.
  • PBB menggesa Israel menghentikan semua aktiviti penempatan serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan pendapat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 19 Julai 2024.

"Penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan bercanggah dengan resolusi PBB.
"Kemajuan projek ini merupakan ancaman besar terhadap penyelesaian dua negara.
"Ia akan memutuskan hubungan antara utara dan selatan Tebing Barat serta membawa kesan serius terhadap kesinambungan wilayah Palestin yang diduduki," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Beliau sekali lagi menggesa kerajaan Israel segera menghentikan semua aktiviti penempatan dan mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, serta bertindak selaras dengan resolusi PBB berkaitan dan pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 Julai 2024, menurut kenyataan itu.
Majlis Perancangan Tertinggi Israel pada Rabu turut meluluskan 3,753 unit perumahan, termasuk 3,401 bagi kelulusan muktamad di kawasan kejiranan E1, Ma'ale Adumim.
Projek itu bertujuan menghubungkan penempatan bagi mewujudkan kesinambungan yang memisahkan Tebing Barat daripada Baitulmuqaddis Timur.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#Genosid Gaza
#Tebing Barat
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami