awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Presiden Republik Kyrgyz
MALAYSIA
COO Prolintas didenda RM100,000, terima rasuah projek lebuh raya
DUNIA
Hampir 19,000 kanak-kanak di Gaza dirawat akibat kekurangan zat makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

PBB kecam 'perangkap maut' bantuan Gaza, puluhan dilapor terkorban akibat tembakan Israel

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
01:00 MYT
Sponsor Banner
PBB kecam 'perangkap maut' bantuan Gaza, puluhan dilapor terkorban akibat tembakan Israel
Warga Palestin menunaikan solat jenazah di luar Hospital Shifa, Gaza City, untuk mereka yang terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan di utara Gaza. - Foto AP
BANDARAYA GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam keras sistem pengagihan bantuan di Gaza yang dikendalikan Israel, menyifatkannya sebagai “perangkap maut” selepas sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh akibat tembakan tentera Israel ketika beratur untuk mendapatkan bantuan.
Menurut agensi pertahanan awam Gaza dan sumber hospital, mangsa termasuk dalam ribuan penduduk yang berkumpul di pusat agihan makanan anjuran Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), disokong AS dan Israel.
Saksi menggambarkan suasana panik apabila kereta kebal dan dron tentera Israel didakwa melepaskan tembakan ke arah orang awam.
Hospital al-Awda di Nuseirat dipenuhi pesakit, dengan ramai yang dirawat di lantai kerana kekurangan katil.
“Anak saya hanya mahu cari tepung untuk makan, sekarang dia di unit rawatan rapi,” ujar Umm Raed al-Nuaizi.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyifatkan penyaluran bantuan secara ketenteraan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Menjadikan makanan sebagai senjata dan menghalang akses kepada keperluan asasi adalah jenayah perang,” kata jurucakap Thameen al-Kheetan.
GHF, yang mula beroperasi pada Mei lalu, dikritik kerana mengabaikan agensi bantuan sedia ada dan bergantung kepada kawalan ketenteraan.
Sementara Israel melihatnya sebagai strategi mengekang Hamas, PBB serta NGO utama enggan terlibat atas dasar etika dan keselamatan.
Dengan krisis kebuluran semakin meruncing, PBB menyeru pembukaan akses kemanusiaan berskala besar melalui saluran neutral.
“Bantuan mesti disalurkan dengan selamat dan mencukupi,” tegas Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini.
“Di Gaza, hanya PBB yang mampu laksanakannya.”
Tentera Israel memaklumkan siasatan terhadap insiden sedang dijalankan namun belum mengesahkan butiran kejadian.
Sementara itu, desakan terhadap pertanggungjawaban dan reformasi sistem bantuan semakin meningkat.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#perangkap maut
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami