awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecam serangan kejam penduduk penempatan Israel terhadap petani zaitun

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2025
23:00 MYT
PBB kecam serangan kejam penduduk penempatan Israel terhadap petani zaitun
Serangan kejam oleh penduduk penempatan di ladang zaitun Turmus’ayya: ramai cedera, termasuk seorang wanita yang dipukul hingga tidak sedarkan diri dengan kayu dan diserang berulang kali. - Foto X/jasper nathaniel
RAMALLAH: Seorang penduduk penempatan Israel dilaporkan telah menyerang seorang wanita Palestin sehingga tidak sedarkan diri ketika mangsa sedang menuai buah zaitun di kawasan Tebing Barat yang diduduki, mencetuskan kecaman keras daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ringkasan AI
  • Seorang wanita Palestin diserang sehingga tidak sedarkan diri oleh penduduk penempatan Israel ketika menuai zaitun; dua aktivis asing turut menjadi mangsa.
  • Pelapor Khas PBB Francesca Albanese mengecam insiden itu sebagai bukti kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin dan mempersoalkan sikap warga Israel yang berdiam diri.
  • PBB menggesa Israel menghentikan budaya kekebalan dan melindungi petani Palestin, sambil insiden ini terus mencetuskan kritikan antarabangsa terhadap dasar penempatan Israel.

Insiden berlaku di bandar Turmus Aya, terletak di timur Ramallah, apabila seorang lelaki bertopeng dilihat dalam rakaman sedang memukul wanita berusia sekitar 50-an dengan kayu secara berulang kali di bahagian kepala sehingga mangsa rebah ke tanah.
Dua aktivis asing yang cuba membantu turut diserang.
Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin, Francesca Albanese, menyelar serangan tersebut sebagai bukti berterusan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Selama dua tahun, dunia telah menyaksikan adegan seperti ini dari Tebing Barat. Saya tertanya-tanya, di manakah warga Israel yang berprinsip…?” kata Albanese dalam kenyataan rasmi.
For 2 years, the world has seen scenes like this from the West Bank. I wonder where decent Israelis are; those who protest in Tel Aviv. Hatred of Hamas is one thing, but do they not feel some obligation to act to stop their fellow citizens behaving like criminals on the loose? https://t.co/N9fT4mVc60
— Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt (@FranceskAlbs) October 19, 2025
Serangan terhadap petani Palestin semasa musim menuai zaitun bukanlah perkara baharu, namun insiden terbaru ini dianggap antara yang paling ganas dan menggemparkan. Musim menuai zaitun, yang berlangsung dari September hingga November, merupakan sumber pendapatan utama bagi ribuan keluarga Palestin.
PBB menyeru agar pihak berkuasa Israel mengambil tindakan segera terhadap pelaku dan menghentikan budaya kekebalan yang membolehkan serangan seperti ini berulang.
Albanese turut menekankan bahawa tindakan sedemikian melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia.
Insiden ini menambah tekanan terhadap Israel yang semakin dikritik oleh masyarakat antarabangsa berhubung dasar penempatan dan layanan terhadap penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#zaitun
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami