awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecam tindakan Korea Utara lancar satu lagi satelit ketenteraan

Bernama
Bernama
22/11/2023
09:49 MYT
PBB kecam tindakan Korea Utara lancar satu lagi satelit ketenteraan
Rumah Putih turut mengecam pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara dan menggesa Pyongyang menghentikan aktiviti berkenaan. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam Korea Utara kerana melancarkan satu lagi satelit ketenteraan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, lapor Sptunik memetik jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Selasa.
"Setiausaha agung mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran satu lagi satelit ketenteraan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik oleh Republik Demokratik Rakyat Korea," menurut kenyataan itu.
Beliau berkata sebarang pelancaran oleh Korea Utara menggunakan teknologi peluru berpandu balistik adalah bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCG) pada Selasa berkata Korea Utara telah melaksanakan pelancaran "satelit peninjau tentera".
JCG pada Isnin berkata Korea Utara telah memaklumkan mengenai rancangannya untuk melancarkan satelit antara 22 Nov dan 30 Dis.
Susulan pelancaran itu, Rumah Putih turut mengecam pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara dan menggesa Pyongyang menghentikan aktiviti berkenaan.
Pelancaran itu turut dikecam oleh pihak berkuasa Korea Selatan dan mendorong Seoul menggantung sebahagian daripada perjanjian pengurangan ketegangan ketenteraan antara Korea 2018 sebagai tindak balas.
Situasi ini membolehkan Korea Selatan segera memulihkan aktiviti peninjauan dan pengawasan di sekitar sempadan dengan Korea Utara dalam kawasan sekitar Garisan Persempadanan Tentera yang memisahkan kedua-dua negara, lapor media Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#satelit ketenteraan
#PBB
#kecam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan