awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

PBB kekalkan Israel dalam senarai hitam kerana pelanggaran serius terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata

Bernama
Bernama
20/06/2025
14:00 MYT
PBB kekalkan Israel dalam senarai hitam kerana pelanggaran serius terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata
Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan pelanggaran serius terhadap kanak-kanak oleh tentera Israel dan menggesa mereka dipertanggungjawabkan. - Gambar fail/Reuters/David 'Dee' Delgado
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengekalkan Israel dalam senarai hitam tahunannya yang menyenaraikan pihak-pihak bertanggungjawab melakukan pelanggaran serius terhadap hak kanak-kanak di zon konflik, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Laporan 2024 oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengenai Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata memperincikan pelanggaran yang berlaku sepanjang tahun itu, dan menamakan Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan dan mencederakan kanak-kanak serta menyerang sekolah dan hospital.
Penyenaraian itu mengesahkan kedudukan berterusan Israel dalam senarai hitam kerana melakukan pelanggaran berat terhadap hak kanak-kanak dalam situasi konflik bersenjata.
"Sebanyak 8,554 pelanggaran serius dilakukan terhadap 2,944 kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, oleh tentera pendudukan Israel dan pendatang Yahudi," menurut laporan itu.
Sementara itu, PBB turut merekodkan penahanan terhadap 951 kanak-kanak Palestin, termasuk 861 di Tebing Barat - 259 daripadanya di Baitulmuqaddis Timur - dan 90 di Gaza. Seramai 27 kanak-kanak dilaporkan digunakan sebagai perisai manusia oleh tentera Israel dalam operasi ketenteraan.
Laporan itu turut menyorot kesan terhadap kanak-kanak kurang upaya, dengan sejumlah 1,561 terkesan - 1,507 dicederakan oleh tentera Israel dan 54 oleh pendatang Yahudi.
Mengenai akses bantuan kemanusiaan, tentera Israel dilaporkan menghalang penghantaran bantuan sebanyak 5,091 kali, termasuk 2,828 insiden di Tebing Barat (termasuk Baitulmuqaddis Timur) dan 2,263 di Gaza.
Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan pelanggaran serius terhadap kanak-kanak oleh tentera Israel dan menggesa mereka dipertanggungjawabkan.
Beliau turut mengulangi kepentingan pematuhan terhadap undang-undang kemanusiaan dan hak asasi antarabangsa, dengan menekankan perlindungan khas untuk kanak-kanak serta keperluan melindungi sekolah dan hospital.
Laporan ini dikeluarkan ketika Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 - yang digambarkan oleh banyak pemerhati dan pertubuhan hak asasi manusia sebagai kempen genosid melibatkan pembunuhan, kebuluran, kemusnahan dan pemindahan paksa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#bantuan kemanusiaan
#PBB
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami