Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyalurkan RM1.5 (RM 4.3 juta) kepada Republik Demokratik Congo. Ia bagi membantu membasmi wabak ebola yang merebak di negara berkenaan.

Misi PBB di Afrika berharap peruntukan itu boleh berganda pada masa akan datang.Ini kerana dana yang diperuntukkan adalah untuk keperluan kemanusiaan di seluruh dunia.

Minggu lalu, Congo berkata seramai 13 orang meninggal dunia kerana ebola.Ujian turut dilakukan ke atas berpuluh-puluh individu yang disyaki dijangkiti virus tersebut.

PBB berikrar akan melipatgandakan usaha terhadap virus ebola yang boleh membawa maut itu.

Ebola menjangkiti lebih 2,600 orang selain mengakibatkan 1,427 orang maut sejak awal tahun ini.