awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
25/03/2023
10:57 MYT
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
SEGAMAT: Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.
Katanya pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.
"Apabila ada berita mengenai virus seperti ini kita akan buat pemantauan khususnya kepada mereka yang datang dari Afrika.
Namun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Bazar Ramadan 2023 Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Sekijang, Taman Utama di sini hari ini.
Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#KKM
#virus Marburg
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan