PBB sangat aktif jadi pengantara konflik, kata Guterres

Guterres berkata PBB "amat aktif" dalam usaha mengelakkan senario terburuk di Sudan Selatan, DRC dan Myanmar, selain "sangat aktif" dalam rundingan berkaitan Sahara Barat. - Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat aktif dalam menjadi pengantara konflik di seluruh dunia, kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyatakan bahawa PBB aktif sebagai pengantara dalam pelbagai konflik global, termasuk di Libya, Sudan, Sudan Selatan, dan Republik Demokratik Congo.
- Guterres menegaskan bahawa PBB tidak menerima peranan sebagai pengantara dalam sesetengah konflik, seperti yang berlaku dengan Israel yang tidak menerima PBB sebagai pengantara.
- Meskipun aktif dalam usaha pengantaraan di pelbagai kawasan termasuk Sudan Selatan, DRC, Myanmar, dan Sahara Barat, PBB tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pihak yang terlibat dalam konflik untuk berunding.
"Terdapat kawasan di mana kami bukan pengantara, kerana sekurang-kurangnya satu pihak (dalam konflik) tidak mahu kami menjadi pengantara," katanya.
"Israel tidak pernah menerima PBB sebagai pengantara, mungkin kerana kami akan mengantara berasaskan nilai kami, iaitu nilai Piagam (PBB) ... pihak yang melanggar Piagam itu bermungkinan tidak berminat dengan pengantaraan oleh sebuah entiti yang pada hakikatnya mewakili Piagam itu sendiri," katanya.
Guterres berkata PBB "amat aktif" dalam usaha mengelakkan senario terburuk di Sudan Selatan, DRC dan Myanmar, selain "sangat aktif" dalam rundingan berkaitan Sahara Barat.
"Saya boleh terus menyenaraikan banyak lagi situasi apabila kami sangat aktif dalam usaha pengantaraan, usaha merapatkan jurang pendirian serta proses damai," katanya.
"Hanya satu perkara yang kami tidak miliki, iaitu instrumen kuasa untuk memaksa pihak-pihak terlibat hadir ke meja rundingan," kata setiausaha agung itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


