DUNIA
Pedofil Britain ditahan anjur ‘majlis perkahwinan’ dengan kanak-kanak 9 tahun di Disneyland Paris

Disneyland Paris bertindak segera menamatkan acara sebaik menyedari “pengantin” adalah seorang kanak-kanak. -Gambar fail
PARIS: Seorang lelaki warga Britain berusia 39 tahun didakwa pihak berkuasa Perancis selepas menganjurkan satu majlis perkahwinan olok-olok melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Disneyland Paris pada Sabtu lalu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Britain berusia 39 tahun didakwa di Perancis kerana menganjurkan majlis perkahwinan palsu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Disneyland Paris.
- Suspek, pesalah seksual berdaftar dan dikehendaki di UK, menyamar menggunakan identiti palsu untuk menyewa taman tema secara peribadi dengan kos sekitar 115,000 pound, melibatkan lebih 100 pelakon tambahan.
- Empat individu ditahan termasuk ibu mangsa dan dua warga Latvia; Disneyland Paris segera menamatkan acara setelah menyedari 'pengantin' adalah seorang kanak-kanak.
Dia juga dikehendaki pihak berkuasa UK atas pelanggaran perintah pencegahan bahaya seksual.
Majlis tersebut dirancang untuk dirakam secara tertutup dan melibatkan lebih 100 pelakon tambahan yang diupah sebagai 'tetamu'.
Ia diadakan di kawasan Sleeping Beauty Castle sebelum waktu operasi taman tema, lengkap dengan pemuzik dan kek perkahwinan.
Kanak-kanak itu, seorang warga Ukraine, tiba di Perancis bersama ibunya dua hari sebelum acara.
Pemeriksaan perubatan mendapati tiada kecederaan fizikal atau seksual pada mangsa, namun pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai sangat membimbangkan dan mengejutkan.
Empat individu ditahan, termasuk suspek lelaki Britain, ibu kanak-kanak itu, serta dua warga Latvia yang berlakon sebagai ahli keluarga dalam majlis tersebut.
Disneyland Paris bertindak segera menamatkan acara sebaik menyedari “pengantin” adalah seorang kanak-kanak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami