awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia

Bernama
Bernama
25/06/2025
16:42 MYT
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
Laluan masuk ke Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tong mengandungi bahan kimia berbahaya dan mudah hakis terjatuh dari sebuah treler petang tadi. - Foto Facebook PLUS
JOHOR BAHRU: Laluan masuk ke Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tong mengandungi bahan kimia berbahaya dan mudah hakis terjatuh dari sebuah treler petang tadi.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan laluan itu ditutup sementara atas faktor keselamatan oleh pihak bomba selepas kejadian dilaporkan berlaku pada 6.41 petang.
"Status terkini setakat 9.28 malam, laluan masuk ke Plaza Tol Ayer Hitam (masih) ditutup sementara," menurut hantaran itu.
Justeru, PLUS menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui laman X plustrafik atau Facebook PLUS Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama berkata setakat 10.30 malam laluan keluar masuk Kluang-Plaza Tol Ayer Hitam-Kluang masih ditutup, manakala laluan Plaza Tol Ayer Hitam-Pekan Ayer Hitam-Plaza Tol Ayer Hitam telah dibuka sepenuhnya.
Beliau berkata bahan kimia yang terjatuh dikenal pasti sebagai Chemical Urea Formaldehyde Concentrate.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Plaza Tol Ayer Hitam
#ditutup
#tumpahan kimia
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan