awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
186 'high-five' seminit, FuBear catat rekod Malaysia Book Of Records
MALAYSIA
UIS perkasa pelajar era digital, sasar jadi universiti wakaf pertama negara
BISNES
China komited teruskan pembukaan ekonomi, peluang luas kepada MNC - Li Qiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
16:51 MYT
Sponsor Banner
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
Kata Takiyuddin, pandangan yang dikongsi oleh individu berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili parti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pas memandang serius kontroversi yang melibatkan seorang pemimpin parti itu, susulan satu hantaran di media sosial yang menggambarkan tingkah laku tidak sensitif yang menjejaskan keharmonian negara.

Ringkasan AI
  • Pas menegaskan kenyataan kontroversi seorang pemimpinnya terhadap Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili parti.
  • Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, menyatakan Pas menghormati kepelbagaian kaum dan menyokong perpaduan nasional.
  • Pas akan mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar peraturan dan menjejaskan keharmonian negara.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan menegaskan, pandangan yang dikongsi oleh individu berkenaan mengenai Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim yang baru dinaikkan pangkat, adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.
"Pas komited dan menjunjung tinggi prinsip dan realiti kepelbagaian kaum dan kepercayaan sebagai ciri unik dan berharga masyarakat kita yang perlu dipupuk dengan sebaik-baiknya.
"Komitmen ini terakam dalam sejarah Pas sejak awal, selain terpancar dalam banyak inisiatif dan aktiviti parti yang tidak pernah kenal lelah,” jelasnya.
Tambah Takiyudin, pelantikan Lim sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pencapaian bersejarah yang wajar diraikan, bukan dipersoal atau diperlekehkan.
“Setiap pencapaian anak Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama, adalah kejayaan bersama yang perlu dihargai,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Pas tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan atau mencemarkan cita-cita perpaduan nasional.
Pada Selasa, Ketua Pas Sungai Buloh Zaharudin Muhammad membuat catatan di Facebook mempertikaikan pelantikan Lim.
Lim melakar sejarah apabila menjadi anak berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam ATM.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Takiyuddin Hassan
#PAS
#Leftenan Jeneral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami