awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pedofil Thailand ditangkap bersama lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak

Bernama
Bernama
12/02/2021
11:33 MYT
Pedofil Thailand ditangkap bersama lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak
Suspek memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun. - Gambar hiasan
BANGKOK:Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam peranti di wilayah tengah Pathum Thani.
Menurut akhbar Bangkok Post, suspek, yang juga pemilik agensi peragaan kanak-kanak, ditangkap dan didakwa semalam kerana memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Khas (DSI) Korawat Panprapakorn berkata pihak berkuasa memulakan siasatan selepas Polis Persekutuan Australia memaklum dan memberikan satu imej pornografi kanak-kanak.
Menurutnya hasil sokongan teknikal daripada 'Operation Underground Railroad (OUR)', sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di California, Amerika Syarikat, membantu pihaknya mengesan dan menangkap suspek di pejabat agensi peragaannya.
"Kami menemukan kamera, sebuah studio dan lebih 500,000 video dan imej pornografi kanak-kanak di premis berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Korawat menasihatkan ibu bapa yang tidak dapat hadir pada sesi fotografi anak-anak mereka supaya selidik dan mengesahkan latar belakang agensi peragaan.
Beliau berkata DSI akan bekerjasama dengan NGO untuk memberi sesi kauseling kepada kanak-kanak yanga menjadi mangsa serangan seksual tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pedofil
#Thailand
#pornografi
#Kanak-kanak
#mencabul
#ribuan mangsa
#Polis Persekutuan Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan