awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai di Kedutaan Malaysia di Bangkok meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/01/2024
15:06 MYT
Pegawai di Kedutaan Malaysia di Bangkok meninggal dunia
Fadzilah dipercayai meninggal dunia ketika tidur di kondominiumnya di Bangkok pada pukul 6 pagi waktu tempatan pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
BANGKOK: Penasihat Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok Fadzilah Abu Hasan meninggal dunia pada Isnin (1 Jan).
Fadzilah, 46, dipercayai meninggal dunia ketika tidur di kondominiumnya di Bangkok pada pukul 6 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Beliau bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangkok sejak Dis 2022.
Kedutaan sedang membuat persiapan untuk membawa jenazahnya pulangnya ke Malaysia, yang dijadualkan pada Rabu. Solat jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid Jawa di Bangkok pada 8 pagi waktu tempatan pada hari yang sama.
Jenazah dijangka tiba di Malaysia pada 5.30 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kajang selepas solat Maghrib.
Fadzilah meninggalkan dua anak perempuan berusia 18 dan 15 tahun.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata Fadzilah merupakan sumber inspirasi kerana sikap ceria beliau mewujudkan suasana riang ke tempat kerja selain memiliki sikap baik hati.
"Merakamkan ucapan takziah dan doa kepada dua anak perempuan Fadzilah dan keluarga dalam masa yang sukar ini. Semoga mereka mendapat kekuatan dan ketenangan dalam kenangan terindah dan kasih sayang yang menyelubungi mereka," katanya kepada Bernama.
"Kami bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang dikasihi, Fadzilah, memberi kesan daripada segi profesional dan peribadi kami. Semangat dan dedikasinya yang tidak berbelah-bahagi menyentuh kami semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Kenangan terindah
#solat jenazah
#membuat persiapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan