NEW DELHI: Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan membandingkan penduduk di timur negara itu dengan orang Cina dan selatan India dengan orang Afrika.
Sam Pitroda, yang rapat dengan pemimpin terkemuka Kongres, Rahul Gandhi, mengeluarkan kenyataan kontroversi itu dalam usahanya memuji demokrasi dan kepelbagaian India. Namun, kenyataannya dianggap sebagai satu kesilapan besar ketika pilihan raya umum sedang berlangsung.
"Kami dapat menyatukan negara yang beraneka ragam seperti India, iaitu penduduk di timur kelihatan seperti orang Cina, di barat kelihatan seperti orang Arab, di utara mungkin seperti orang kulit putih dan di selatan kelihatan seperti orang Afrika. Itu tidak penting. Kita semua adalah bersaudara," kata Pitroda dalam temu bual dengan akhbar The Statesman.
Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, mengkritik kata-katanya sebagai tidak menghormati dan sesetengah pihak melihatnya sebagai perkauman.
Parti Kongres tidak memberikan sebarang respons dan presidennya, Mallikarjun Kharge menerima peletakan jawatan Pitroda daripada cawangan parti luar negara.
"Analogi yang diberikan oleh Sam Pitroda kepada kepelbagaian India amat salah dan tidak boleh diterima. Kongres Kebangsaan India tidak dapat menerima analogi ini," kata jurucakap parti Jairam Ramesh dalam catatan media sosial.
"Sam Pitroda telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Kongres Luar Negara India atas kerelaannya sendiri. Presiden Kongres telah menerima keputusannya," kata Ramesh dalam satu lagi hantaran pada Rabu.
Pitroda, 82, yang nama penuhnya ialah Satyanarayan Gangaram Pitroda, berpangkalan di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai usahawan bersiri.
Beliau adalah penasihat yang berpengaruh semasa Rajiv Gandhi menjadi perdana menteri pada 1980-an dan mengetuai beberapa inisiatif teknologi.
Pitroda pada 2009 dinamakan sebagai penasihat infrastruktur maklumat awam dan inovasi dengan pangkat menteri kabinet semasa pentadbiran Manmohan Singh sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Kenyataan Sam Pitroda dianggap sebagai satu kesilapan besar ketika pilihan raya umum sedang berlangsung. - Gambar fail/AP

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
PM Anwar undang Putin hadiri sidang kemuncak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.

Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.