awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Derek Chauvin minta perbicaraan baharu, tuduh juri berat sebelah

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2021
05:17 MYT
Peguam Derek Chauvin minta perbicaraan baharu, tuduh juri berat sebelah
Pada April lepas, 12 ahli juri sebulat suara mendapati Chavin bersalah atas semua tuduhan pembunuhan darjah kedua dan ketiga yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 40 tahun. - Foto REUTERS
BEKAS pegawai polis Derek Chauvin meminta untuk dibicarakan semula selepas didapati bersalah membunuh George Floyd bulan lepas, dakwa wujud salah laku oleh seorang panel juri.
Permintaan pada Rabu itu dilakukan susulan pendedahan sebuah foto yang menunjukkan salah seorang panel juri, Brandon Mitchell, memakai baju yang tertera 'Black Lives Matter' ketika menghadiri satu protes di Washington DC pada Ogos lepas.
Beberapa ahli keluarga Floyd turut membuat ucapan semasa tunjuk perasaan itu diadakan.
Pada April lepas, 12 ahli juri sebulat suara mendapati Chavin bersalah atas semua tuduhan pembunuhan darjah kedua dan ketiga yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 40 tahun.
Selain Chauvin, tiga lagi bekas pegawai polis masih dibicarakan atas tuduhan bersubahat membunuh.
Peguam Chauvin, Eric Nelson berkata Hakim Peter Cahill telah menyalahguna kuasanya apabila beliau enggan memindahkan perbicaraan tersebut ke mahkamah lain.
Nelson turut meminta kes ini dibicarakan semula atas alasan salah guna kuasa oleh seorang panel juri.
"Sebuah foto yang didedahkan minggu ini menunjukkan Mitchell menghadiri protes di ibu negara Amerika Syarikat pada 28 Ogos sempena ulang tahun ke-57 protes 'March on Washington.
"Pendedahan ini menunjukkan Mitchell mungkin berat sebelah dalam membuat keputusan sebagai para juri dalam kes ini," katanya.
Semasa pemilihan para juri dalam perbicaraan kes Chauvin, individu yang dipilih dikehendaki menjawab soalan sebanyak 14 muka surat bagi mendapat pandangan mereka tentang pelbagai isu termasuk pergerakan 'Black Lives Matter'.
Salah satu soalan menyentuh tentang penyertaan protes menentang keganasan polis selepas kematian George Floyd.
Topic Berkaitan
#George Floyd
#Derek Chauvin
#perbicaraan
#Black Lives Matter
#tunjuk perasaan
#juri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan