awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M

Nailah Huda
Nailah Huda
27/10/2019
21:52 MYT
Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M
DR MAHATHIR: Sumbangan rakyat Malaysia ke mana-mana mereka pergi, bukan jadi buruh kasar atau pembantu rumah. Sebaliknya, mereka terlibat dengan kerja-kerja yang memerlukan ilmu yang tinggi. -Bernama
Kebolehan rakyat Malaysia yang bekerja di negara asing sering dipandang tinggi kerana kemampuan mereka sebagai ahli profesional yang mempunyai kemahiran tinggi.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lazimnya rakyat Malaysia yang bekerja di negara luar bertugas dalam bidang yang memerlukan ilmu yang tinggi dan bukannya bekerja sebagai buruh kasar atau pembantu rumah.
“Sumbangan rakyat Malaysia ke mana-mana mereka pergi, bukan jadi buruh kasar atau pembantu rumah. Sebaliknya, mereka terlibat dengan kerja-kerja yang memerlukan ilmu yang tinggi,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata kebolehan profesional daripada kalangan warga Malaysia boleh memberi sumbangan kepada negara-negara di mana mereka bekerja.
“Saya harap ini menjadi satu kebolehan Malaysia, iaitu kita bukan buruh kasar tetapi kita ahli profesional yang boleh memberi sumbangan kepada mana-mana negara mereka bekerja,” katanya lagi.
Bagaimanapun, kata beliau, masih banyak yang perlu diusahakan untuk Malaysia mencapai status negara maju.
“Kita perlu berusaha untuk menguasai semua bidang supaya kita boleh sumbang kepada pemodenan negara kita dan juga kepada dunia am,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkongsi pandangannya ketika membuat ucapan kepada diaspora Malaysia dalam satu majlis makan di Hotel Yyldyz, Ashgabat di Turkmenistan pada Ahad.
Dr Mahathir berada di Ashgabat untuk lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov.
Beliau hadir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah dan delegasi negara termasuk Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disertai oleh kira-kira 80 rakyat Malaysia, kebanyakannya kakitangan Petronas di Turkmenistan.
Dr Mahathir dijangka pulang pada Isnin pagi waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#ahli profesional
#diaspora
#kemahiran tinggi
#luar negara
#Mahathir Mohamad
#negara asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan