Skip to main content

Sukan

Kejayaan Izzuddin, Sze Fei banggakan negara, tamatkan penantian 18 tahun Malaysia - Fahmi

JAKARTA, 7 Jun -- Gandingan beregu Lelaki negara, Goh Sze Fei-dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani, muncul Juara Terbuka Indonesia 2026 selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin, pada perlawanan akhir di Istora Senayan, hari ini.  Mereka mencatat kemenangan dalam perlawanan tiga set yang berlangsung selama 49 minit dengan keputusan 13-21, 21-18, 21-10.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nur Izzuddin Ramsani dan Goh Sze Fei (gambar) muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan wakil Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara Nur Izzuddin Ramsani dan Goh Sze Fei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta semalam.

Beliau berkata kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran juara beregu lelaki Terbuka Indonesia.

"Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.

"Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua," katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Pasangan ranking kelapan dunia itu muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan wakil Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 13-21, 21-18, 21-10.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement