awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar dibenar masuk China, Kedutaan Malaysia zahirkan penghargaan

Bernama
Bernama
24/08/2022
05:44 MYT
Pelajar dibenar masuk China, Kedutaan Malaysia zahirkan penghargaan
Kedutaan China di Malaysia baru-baru ini memaklumkan pelajar asing yang memegang permit belajar di China dan masih sah dibenarkan masuk ke negara itu mulai hari ini (24 Ogos). - Gambar fail
BEIJING: Kedutaan Malaysia di China menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kedua-dua negara itu susulan pengumuman terbaharu berkaitan keputusan membenarkan pelajar Malaysia kembali ke China.
Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, kedua-dua negara telah melakukan usaha berterusan bagi membela nasib pelajar Malaysia dan membolehkan pelajar berkenaan kembali lebih awal ke China dengan efisien dan teratur.
"Kami akan terus bekerjasama dengan China dalam hal ini," katanya kepada Bernama.
Kedutaan China di Malaysia baru-baru ini memaklumkan pelajar asing yang memegang permit belajar di China dan masih sah dibenarkan masuk ke negara itu mulai hari ini (24 Ogos).
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lepas, kedutaan itu memaklumkan pihaknya akan menerima pemohonan visa pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang di China.
Menurut laporan media, kira-kira 8,000 pelajar Malaysia tidak dapat kembali ke China untuk menyambung pengajian akibat sekatan pergerakan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#China
#permit belajar
#pengajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan